Bengkel Kaedah Mencari Bahan P&P Menggunakan Internet

Bengkel kaedah mencari bahan P&P menggunakan internet diadakan untuk guru-guru SK Lempor pada 17 Februari 2010 selama 2 jam setengah selepas waktu persekolahan. Bengkel ini dianjurkan bagi mempraktikkan dan membudayakan penggunaan internet dalam P&P secara meluas dan berkesan. Program latihan ini berlangsung dengan jayanya. Guru-guru menunjukkan minat yang mendalam terhadap penyediaan bahan-bahan P&P menggunakan ICT. Terima kasih juga kepada tenaga pengajar yang dijemput khas daripada BTPN, En. Ismail Yusof kerana berjaya memberikan penyampaian yang berkesan sehingga guru-guru meminta untuk disambung pada lain masa.




Sesi kedua akan diadakan pada hari dan waktu yang akan ditentukan kemudian sebagai kesinambungan dan melihat keberkesanan terhadap latihan yang diberikan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sukan Tahunan SK Lempor 2010

Sukan tahunan SK Lempor kali ke-34 diadakan di padang awam Kg. Lempor pada 28 Januari 2010 pada pukul 2.30 petang. Rumah kuning menjuarai perbarisan dan johan keseluruhan. Acara sukan pada kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Osman Ngah Abdullah selaku Yang Dipertua PIBG SK Lempor.




Sempena Sukan SK Lempor 2010, Fasilitator Schoolnet (FS) telah mengadakan pertandingan ICT bagi menggalakkan dan memupuk minat murid-murid terhadap ICT. Pertandingan ini juga bagi menilai dan mengukur tahap pengetahuan murid-murid dalam bidang ICT.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jom Bestari ICT Sekolah

Tahun baru segalanya baru. Pada 2010, setelah perbincangan diadakan bersamaGuru Besar dan guru-guru, pihak sekolah mencapai kata sepakat untuk mengadakan kelas ICT secara formal dengan dikendalikan sepenuhnya oleh Fasilitator Schoolnet. Di bawah ini adalah jadual waktu Kelas ICT.

HARI

TAHUN

WAKTU

Isnin

5

12.50 – 1.50 pm

Isnin

6

2.30 – 3.30 pm

Selasa

4

1.20 – 2.20 pm

Rabu

1

12.50 – 1.50 pm

Khamis

2

12.50 – 1.50 pm

Jumaat

3

11.20 am – 12.20 pm





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Yang Pergi Menabur Budi Yang Datang Menabur Bakti

Pertemuan dan perpisahan itu adat manusia biasa. Pertukaran dan perpindahan guru-guru kerana keadaan menjadi lumrah dalam sistem pendidikan. Yang pergi menabur budi.
1- Puan Zahariah Abd Aziz - ke SK Subang, Selangor.
2- Puan Zuhira Mohd Tahir - ke SK Pengkalan Pegoh.



Pemergian pasti ada gantinya. Yang datang pastinya disambut dan dialu-alukan. Yang datang menabur bakti..
1- Puan Aswani Sarah Zabri -dari SK Tanjong Bayan, Hutan Melintang.
2- Encik Meshahery Sahin - dari SK Lahar Yooi, Butterworth.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Back To School 2010

Penggal baru persekolahan 2010 dibuka semula. Murid-murid dan guru-guru kembali ke sekolah. Di harapkan pencapaian tahun ini lebih baik hendaknya.



Pusat Akses juga berwajah baru dengan fasiliti internet telah dibaik pulih dan susun atur yang baru. Dinding telah dicat baru dan dipenuhi dengan informasi-informasi berguna. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga dan masa bagi mencantikkan Pusat Akses.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari Anugerah Cemerlang SK Lempor 2009

Hari Anugerah SK Lempor berlangsung dengan jayanya. Pencapaian UPSR SK Lempor 2009 amat membanggakan kerana peratus pencapaian UPSR pada tahun ini meningkat iaitu 83.3% lulus dan 5 orang pelajar telah mendapat 5A sekaligus merupakan bilangan tertinggi setakat ini.




Guru-guru yang mengajar Darjah 6 juga diberikan penghargaan oleh Tuan Haji Sabki Adnan iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lempor. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato Romly Zahari selaku Adun Manong sekaligus menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS