Bengkel Kaedah Mencari Bahan P&P Menggunakan Internet

Bengkel kaedah mencari bahan P&P menggunakan internet diadakan untuk guru-guru SK Lempor pada 17 Februari 2010 selama 2 jam setengah selepas waktu persekolahan. Bengkel ini dianjurkan bagi mempraktikkan dan membudayakan penggunaan internet dalam P&P secara meluas dan berkesan. Program latihan ini berlangsung dengan jayanya. Guru-guru menunjukkan minat yang mendalam terhadap penyediaan bahan-bahan P&P menggunakan ICT. Terima kasih juga kepada tenaga pengajar yang dijemput khas daripada BTPN, En. Ismail Yusof kerana berjaya memberikan penyampaian yang berkesan sehingga guru-guru meminta untuk disambung pada lain masa.




Sesi kedua akan diadakan pada hari dan waktu yang akan ditentukan kemudian sebagai kesinambungan dan melihat keberkesanan terhadap latihan yang diberikan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Bengkel Kaedah Mencari Bahan P&P Menggunakan Internet"

Post a Comment