Sukan Tahunan SK Lempor 2010

Sukan tahunan SK Lempor kali ke-34 diadakan di padang awam Kg. Lempor pada 28 Januari 2010 pada pukul 2.30 petang. Rumah kuning menjuarai perbarisan dan johan keseluruhan. Acara sukan pada kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Osman Ngah Abdullah selaku Yang Dipertua PIBG SK Lempor.




Sempena Sukan SK Lempor 2010, Fasilitator Schoolnet (FS) telah mengadakan pertandingan ICT bagi menggalakkan dan memupuk minat murid-murid terhadap ICT. Pertandingan ini juga bagi menilai dan mengukur tahap pengetahuan murid-murid dalam bidang ICT.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jom Bestari ICT Sekolah

Tahun baru segalanya baru. Pada 2010, setelah perbincangan diadakan bersamaGuru Besar dan guru-guru, pihak sekolah mencapai kata sepakat untuk mengadakan kelas ICT secara formal dengan dikendalikan sepenuhnya oleh Fasilitator Schoolnet. Di bawah ini adalah jadual waktu Kelas ICT.

HARI

TAHUN

WAKTU

Isnin

5

12.50 – 1.50 pm

Isnin

6

2.30 – 3.30 pm

Selasa

4

1.20 – 2.20 pm

Rabu

1

12.50 – 1.50 pm

Khamis

2

12.50 – 1.50 pm

Jumaat

3

11.20 am – 12.20 pm





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Yang Pergi Menabur Budi Yang Datang Menabur Bakti

Pertemuan dan perpisahan itu adat manusia biasa. Pertukaran dan perpindahan guru-guru kerana keadaan menjadi lumrah dalam sistem pendidikan. Yang pergi menabur budi.
1- Puan Zahariah Abd Aziz - ke SK Subang, Selangor.
2- Puan Zuhira Mohd Tahir - ke SK Pengkalan Pegoh.



Pemergian pasti ada gantinya. Yang datang pastinya disambut dan dialu-alukan. Yang datang menabur bakti..
1- Puan Aswani Sarah Zabri -dari SK Tanjong Bayan, Hutan Melintang.
2- Encik Meshahery Sahin - dari SK Lahar Yooi, Butterworth.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Back To School 2010

Penggal baru persekolahan 2010 dibuka semula. Murid-murid dan guru-guru kembali ke sekolah. Di harapkan pencapaian tahun ini lebih baik hendaknya.



Pusat Akses juga berwajah baru dengan fasiliti internet telah dibaik pulih dan susun atur yang baru. Dinding telah dicat baru dan dipenuhi dengan informasi-informasi berguna. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga dan masa bagi mencantikkan Pusat Akses.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS